Public & Private Sectors

Kajian Medical Radiation Exposure Study Bagi Pembangunan Malaysia National Diagnostic Reference Level (DRL)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

KAJIAN MEDICAL RADIATION EXPOSURE STUDY BAGI PEMBANGUNAN MALAYSIA NATIONAL DIAGNOSTIC REFERENCE LEVEL (DRL)

i.        SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA: BIL. 14/2025: MALAYSIA NATIONAL DIAGNOSTIC REFERENCE LEVEL (DRL) FOR RADIOLOGY AND ORAL AND MAXILLOFACIAL RADIOLOGY (OMFR) 2025

 ii.       SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA: BIL. 15/2025: MALAYSIA NATIONAL DIAGNOSTIC REFERENCE LEVEL (DRL) FOR NUCLEAR MEDICINE 2025

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.        Sebagaimana yang YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan maklum, dokumen Malaysia National Diagnostic Reference Level (DRL) for Radiology and Oral and Maxillofacial Radiology (OMFR) 2025 dan Malaysia National Diagnostic Reference Level (DRL) for Nuclear Medicine 2025 telah disediakan dan dilampirkan untuk edaran dan rujukan semua ahli jawatankuasa.

3.        Dokumen ini merupakan hasil kerjasama serta sumbangan yang amat berharga daripada semua ahli jawatankuasa-jawatankuasa berikut yang telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang proses penyediaan dokumen ini.

i. Jawatankuasa Induk Kajian Medical Radiation Exposure Study Bagi Pembangunan Malaysian Diagnostic Reference Level (DRL)

ii. Jawatankuasa Kumpulan Kerja Pengumpulan Data Kajian Medical Radiation Exposure Study Bagi Pembangunan Malaysian Diagnostic Reference Level (DRL)

iii. Jawatankuasa Kajian Medical Radiation Exposure Study Bagi Pembangunan Malaysian Diagnostic Reference Level (DRL) Dalam Perkhidmatan Perubatan Nuklear

4.        Semua ahli jawatankuasa telah memainkan peranan penting dalam menganalisis data, memberikan pandangan serta nasihat teknikal dan saintifik, di samping turut menyumbang secara langsung dalam penyediaan kandungan dokumen ini. Sokongan padu dan kepakaran yang telah diberikan amat dihargai dan menjadi tunjang utama kepada penghasilan dokumen ini.

5.        Sehubungan itu, pihak urus setia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala usaha dan sumbangan yang telah diberikan. Semoga dokumen ini dapat dimanfaatkan dalam menyokong pelaksanaan tugas serta inisiatif penambahbaikan yang berterusan dalam pengoptimuman perlindungan daripada dedahan perubatan.

6.        Bersama-sama ini turut dikemukakan dokumen-dokumen ini untuk rujukan dan panduan.

i. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 14/ Tahun 2025: Malaysia National Diagnostic Reference Level (DRL) for Radiology and Oral and Maxillofacial Radiology (OMFR) 2025

ii. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 15/ Tahun 2025: Malaysia National Diagnostic Reference Level (DRL) for Nuclear Medicine 2025

7.        Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan Pekeliling ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, KKM di talian 03-8892 4727 atau emel kepada [email protected]/ [email protected].

Sekian, terima kasih
“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Penyelaras Kajian Medical Radiation Exposure Study Bagi Pembangunan Malaysian Diagnostic Reference Levels (DRL)

b.p. Pengarah
Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 4, Blok E3, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tel : 03-88924732